Soalan Lazim    
      ............................................................................................................................................................................................................    
       
  1. Apakah kelebihan dan faedah yang diperolehi apabila menjadi anggota KOGEMILANG ?    
         
    Menyertai KOGEMILANG membolehkan anda untuk mendapat segala faedah yang disediakan oleh pihak koperasi seperti mendapatkan barangan runcit dengan murah dan berkualiti, peluang perniagaan, bantuan dan khidmat rundingan perniagaan serta kemudahan pinjaman kredit.    
         
    .......................................................................................................................................................................................................    
         
  2. Apakah syarat-syarat menjadi anggota KOGEMILANG ?    
         
    Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada semua lepasan Universiti Pertanian Malaysia atau kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia dan ahli keluarga yang layak serta memenuhi syarat-syarat berikut :    
         
    a. Warganegara Malaysia.    
    b. Umur melebihi 18 tahun.    
    c. Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi ini.    
    d. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh
    daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah
    dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh 1 tahun.
   
         
    .......................................................................................................................................................................................................    
         
  3. Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai anggota KOGEMILANG?    
         
    Permohonan boleh dibuat menggunakan 2 cara itu melalui :    
    a. Muat turun borang pendaftaran dan menghantarkannya ke alamat koperasi.    
    b. Secara online.    
         
    Tiap-tiap permohon menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak RM5.00. Fee masuk itu akan dikembalikan kepda pemohon jika permohonannya ditolak.    
         
    Kelulusan permohonan menjadi anggota akan dipertimbangkan oleh ahli Lembaga dalam mesyuarat.    
         
    Seseorang yang telah diterima menjadi anggota akan diberitahu secara bertulis tidak lewat dari 30 hari selepas penerimaannya.