Latarbelakang
....................................................................................................................................................
Koperasi ini ditubuhkan diatas kesedaran sekumpulan bekas pelajar
Universiti Pertanian atau kini dikenali sebagai Universiti Putra
Malaysia terhadap kepentingan bekerjasama dalam bidang ekonomi.
Justeru, kumpulan ini mengambil inisiatif untuk menubuhkan koperasi
ini untuk membantu ahli-ahlinya dalam meningkatkan taraf dan kualiti
hidup.
Matlamat Penubuhan
...................................................................................................................................................
Penubuhan koperasi ini adalah bermatlamat untuk :
1.
Menggalakkan semangat tolong-menolong dan kerjasama serta mendidik
anggota koperasi menjadi masyarakat yang berjaya dan
berdikari.
2.
Menjalankan aktiviti pengguna seperti menyediakan dan menjual
barangan
runcit dengan harga patut dan berkualiti kepada ahli sebagai
alternatif
kepada kedai-kedai biasa.
3.
Membantu anggota khususnya dikalangan keluarga yang berpendapatan
rendah dan sederhana untuk meningkatkan pendapatan.
Anggota Lembaga
[ kembali ke atas ]
...................................................................................................................................................
En. Ariffin Md. Jani
Pengerusi
Tn. Haji Ishak Bujang
Timbalan Pengerusi
Pn. Khamisah Abd. Majid
Bendahari
En. Mohd Hermi Jamari
Setiausaha
Ahli Lembaga Koperasi
.............................................................................
En. Zainal Arif Abd Hamid
En. Ahmad Soffian Kamaruzaman
Pn. Zuriati Ibrahim
Pn. Aryana Md. Yunus
En. Mohd Azizi Asrul Shamsuddin
En. Mohd Faisal Bin Alias
Jawatankuasa Audit Dalaman
.............................................................................
Pn. Noor Fareeza Binti Mohamed
En. Muhamad Fauzi Salihin
Alamat Berdaftar
[
kembali ke atas ]
.......................................................................................................................................................
Koperasi ini didaftarkan di alamat berikut :
Koperasi Gemilang Siswazah Berhad (W-6-0390)
A 01-09 Jalan Sri Kenari 10,
Taman Sri Kenari
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Kawasan Operasi
[
kembali ke atas ]
......................................................................................................................................................
Kawasan operasi KOGEMILANG pada masa ini hanya tertumpu di Wilayah
Persekutuan dan Selangor. KOGEMILANG berhasrat untuk meluaskan
kawasan operasinya sehingga ke seluruh Malaysia.
Aktiviti Kami
[
kembali ke atas ]
.............................................................................................. ........................................................
Tujuan utama penubuhan koperasi ini adalah untuk menjalankan
aktiviti pengguna iaitu :
1.
Mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan
sebahagian daripada pendapatan dan memberi pinjaman pengguna
kepada
mereka yang berkenaan bagi maksud yang berfaedah untuk
memberi
perkhidmatan kepada ahli-ahli.
2.
Menjalankan perkhidmatan Pengurusan dan Pentadbiran, Seminar
Pendidikan, Jualan dan Pemasaran, Perkhidmatan Kenderaan dan
Pengangkutan, Khidmat Pelancongan dan Rekreasi.
3.
Membeli, menjual, memindah hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar,
memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan
harta-harta tidak
alih.
4.
Melaburkan wang yang berlebihan dalam perkara-perkara yang
dibenarkan
dibawah Akta.
5.
Menyediakan subsidiari di bawah Seksyen 19 Akta dengan kelulusan
Pendaftar.
6. Menyertai usahasama dengan koperasi atau syarikat-syarikat swasta
dan
mejadi anggota kepda koperasi-koperasi lain.
7.
Menjalankan aktiviti perdagangan termasuk fungsi-fungsi pengguna,
agensi
dan lain-lain.
8.
Memiliki tanah dan mendirikan bangunan atau rumah-rumah kediaman
untuk anggota atau membeli rumah-rumah dan tapak-tapak rumah
serta
menjual, memajak, mencagar, memindahkan tanah dan rumah-rumah
itu kepada anggota.
|