Latarbelakang
....................................................................................................................................................
Koperasi ini ditubuhkan diatas kesedaran sekumpulan bekas pelajar Universiti Pertanian atau kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia terhadap kepentingan bekerjasama dalam bidang ekonomi. Justeru, kumpulan ini mengambil inisiatif untuk menubuhkan koperasi ini untuk membantu ahli-ahlinya dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup.

 

Matlamat Penubuhan
...................................................................................................................................................
Penubuhan koperasi ini adalah bermatlamat untuk :

1. Menggalakkan semangat tolong-menolong dan kerjasama serta mendidik    
    anggota koperasi menjadi masyarakat yang berjaya dan berdikari.

2. Menjalankan aktiviti pengguna seperti menyediakan dan menjual barangan
    runcit dengan harga patut dan berkualiti kepada ahli sebagai alternatif
    kepada kedai-kedai biasa.

3. Membantu anggota khususnya dikalangan keluarga yang berpendapatan
    rendah dan sederhana untuk meningkatkan pendapatan.

 

Anggota Lembaga  [ kembali ke atas ]
...................................................................................................................................................

En. Ariffin Bin Md. Jani

Pengerusi

Tn. Haji Ishak Bin Bujang
Timbalan Pengerusi

Pn. Khamisah Binti Abd. Majid
Bendahari

En. Mohd Hermi Bin Jamari
Setiausaha

Ahli Lembaga Koperasi
.............................................................................
En. Zainal Arif Bin Abd Hamid
Pn. Noorhasliza Binti Che Yasim
Pn. Zuriati Binti Ibrahim
Pn. Aryana Binti Md. Yunus
En. Mohd Faisal Bin Alias

Jawatankuasa Audit Dalaman
.............................................................................
Pn. Noor Fareeza Binti Mohamed
En. Mohd Fauzi Bin Salihin

Pn. Noraini Binti Kamiso

 

Alamat Berdaftar [ kembali ke atas ]
.......................................................................................................................................................
Koperasi ini didaftarkan di alamat berikut :


Koperasi Gemilang Siswazah Malaysia Berhad (W-6-0390)
A 01-09 Jalan Sri Kenari 10,
Taman Sri Kenari
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

 

Kawasan Operasi [ kembali ke atas ]
......................................................................................................................................................
Kawasan operasi KOGEMILANG pada masa ini adalah di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

 

Aktiviti Kami [ kembali ke atas ]
.............................................................................................. ........................................................
Tujuan utama penubuhan koperasi ini adalah untuk menjalankan aktiviti pengguna iaitu :

1. Mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan
    sebahagian daripada pendapatan dan memberi pinjaman pengguna kepada
    mereka yang berkenaan bagi maksud yang berfaedah untuk memberi
    perkhidmatan kepada ahli-ahli.

2. Menjalankan perkhidmatan Pengurusan dan Pentadbiran, Seminar
    Pendidikan, Jualan dan Pemasaran, Perkhidmatan Kenderaan dan
    Pengangkutan, Khidmat Pelancongan dan Rekreasi.

3. Membeli, menjual, memindah hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar,
    memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tidak
    alih.

4. Melaburkan wang yang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan
    dibawah Akta.

5. Menyediakan subsidiari di bawah Seksyen 19 Akta dengan kelulusan
    Pendaftar.


6. Menyertai usahasama dengan koperasi atau syarikat-syarikat swasta dan
    menjadi anggota kepda koperasi-koperasi lain.

7. Menjalankan aktiviti perdagangan termasuk fungsi-fungsi pengguna, agensi
    dan lain-lain.

8. Memiliki tanah dan mendirikan bangunan atau rumah-rumah kediaman
    untuk anggota atau membeli rumah-rumah dan tapak-tapak rumah serta
    menjual, memajak, mencagar, memindahkan tanah dan rumah-rumah
    itu kepada anggota. 

 

 

Latarbelakang

 
 

Matlamat Penubuhan

 
 

Anggota Lembaga

 
 

Alamat Berdaftar

 
 

Kawasan Operasi

 
 

Aktiviti Kami